Total Pageviews

Saturday, November 26, 2011

Pergerakan dalam solat

Terdapat lebih 656 otot di dalam tubuh kita yang beberapa daripadanya mengalami perenggangan , pergerakan dan pengenduran semasa gerakan solat.

Berdiri
Berdiri tegak dan lurus menjadikan titik tumpuan beban tubuh tertumpu pada kedua - dua telapak kaki secara seimbang. Secara ortopedik , rutin ini melatih kekuatan tulang pada kaki dan ekstremiti bawah menerima serta menampung beban tubuh secara rutin.

Takbir
mengangkat tangan ketika takbiratul ihram memudahkan nafas dihirup. Waktu itu , paru - paru mengembang dan otot diafragma mendatar. Mendakap tangan ke dada memberikan kesan sebaliknya di mana paru - paru mengempis dan mengeluarkan nafas.

Rukuk
Posisi terutama ketika terjadi peralihan menuju iktidal , memberi tekanan pada pundi kencing oleh tulang belakang dan tulang kemaluan. Ini melancarkan proses membuang air kecil dan mencegah gangguan prostat.

Sujud
Sujud yang wajib sebanyak 34 kali sehari menjamin aliran darah ke otak , khususnya sarah di saluran vena. Ini menyebabkan pengambilan darah menuju jantung lebih mudah.

Duduk di antara dua Sujud
Duduk di antara dua Sujud menjaga  kesihatan sendi dengan mengaktifkan kelenjar peluh yang dilipat pada bahagian peha. Bertemunya lipatan peha dan betis meningkatkan pengeluaran peluh. Ini mampu mencegah pengapuran dengan mengeluarkan mineral dan garam - garam yang mungkin ada pada lipatan peha.

Transisi
Pergerakan daripada satu kedudukan ke kedudukan yang lain berlaku sekurang - kurangnya 85 kali sehari mempengaruhi organ - organ pencernaan , sistem kencing , jantung dan saluran darah.

Salam
Gerakan salam iaitu memutar kepala ke kanan dan ke kiri berguna bagi meregangkan otot - otot kepala dan leher. Ini menjadi senaman ringan dalam memelihara keanjalan kulit wajah.

Thuma'ninah
Thuma'ninah atau berhenti seketika. Rutin solat menjadi masa rehat daripada aktiviti rutin dunia sehingga tubuh , hati dan fikiran menjadi segar kembali

Salam Awal Muharam 1433 Hijrah

Assalamualaikum ,
   Sebagai mana yang anda tahu kini telah berakhirnya tahun 1432 Hijrah dan bermulalah era baru , tahun baru 1433 hijrah.Jadi mula kan tahun baru anda dengan azam yang baru , perbaiki kesilapan dulu dan tambah amalan ibadah serta menambah baik benda atau perkara yang baik.

Tuesday, November 22, 2011

Tips - tips PMR

Assalamualaikum ,
 Kepada sesiapa yang ingin berkongsi tentang PMR , sama ada tips untuk menjawab atau cerita yang menyeronokkan semasa menjawab PMR , sila komen post ini.Terima kasih